Kereta bertembung van, seorang wanita maut di Sarikei

KABONG: Satu lagi kes kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pasangan suami isteri di kawasan Jalan Jakar-Sarikei petang semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 4.08 petang di kawasan kilometer 15 Sarikei-Jakar membabitkan sebuah kereta Proton Saga dengan sebuah van Toyota Hiace.

Pertembungan dua kenderaan itu meragut nyawa penumpang kereta Proton Saga yang duduk di tempat duduk penumpang kereta Proton Saga.

Manakala pemandu kereta berkenaan yang juga merupakan suami mangsa cedera dan dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

Sementara itu pemandu van dan dua wanita yang turut bersama menaiki van hanya mengalami cedera ringan.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.09 petang dan tiba di tempat kejadian kira kira 20 minit kemudian.

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Normadiah (turut dikenali sebagai Mina@ Bong) binti Awi berusia lewat 50-an, berasal dari Kampung Hilir Kabong. Manakala suaminya yang cedera dikenapasti sebagai Samarin bin Mat,57 tahun.

Menurut ahli keluarga mangsa pasangan suami isteri tersebut sedang dalam perjalanan pulang ke Kabong selepas berniaga di pasar tamu.

Setakat berita ini ditulis jam 10 malam tadi, mangsa yang meninggal kini masih berada di Hospital Sarikei untuk siasatan lanjut polis. – Sarawakvoice