Berlagak tunjuk pistol di Istagram, remaja, 13, tertembak kepala sendiri

GEORGIA: Berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan lain di media sosial Instagram, seorang remaja lelaki tertembak kepalanya sendiri dengan pistol.

Malachi Hemphill, 13, bermain dengan pistol tersebut ketika muncul secara langsung di Instagram ketika bersembang dengan rakan-rakannya.

Terdengar bunyi tembakan di bilik anaknya, si ibu, Shaniqua Stephens bergegas ke bilik anaknya itu yang terkunci dari dalam.

Shaniqua bersama seorang lagi anak perempuannya memecah pintu bilik Malachi.

Ketika pintu berjaya dibuka, Malachi sudah pun terbaring kaku di lantai dalam keadaan bersimbah darah.

ITV melaporkan pada Jumaat lepas, Shaniqua sedih dan menyesali kematian anak lelakinya itu dan mengaku tidak mengetahui dari mana Malachi mendapatkan pistol tersebut.

Polis Georgia menyiasat kes tersebut.

Malachi meminta ibu bapa memerhati tingkah laku anak mereka khususnya apabila melayari internet dan bersembang di media sosial. – Sarawakvoice