Suspek disyaki rogol remaja di Mukah sejak 2016 ditahan

MUKAH: Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata, suspek berusia 21 tahun itu ditangkap di sini kira-kira 2.30 petang semalam.

“Suspek akan direman esok (Ahad) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan kejadian tersebut terbongkar semasa remaja berusia 15 tahun dan tidak lagi bersekolah itu membuat pemeriksaan di Hospital Mukah kerana mengalami kesakitan pada alat sulit.

Doktor yang memeriksa mangsa mengesyaki sesuatu terus membuat laporan polis.

Jimmy berkata, berdasarkan siasatan, remaja tersebut mendakwa mengadakan hubungan seks dengan suspek sejak tahun lepas.

Katanya, kejadian paling akhir adalah pada bulan lepas di sebuah hotel bajet di sini. Bernama

Gambar hiasan