Kerajaan pastikan tiada sesiapa yang layak, tercicir terima bantuan — Fatimah

MUKAH: Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata kerajaan memastikan tidak seorang pun rakyat yang layak di negeri ini, tercicir daripada mendapat bantuan yang wajar buat mereka.

Pada majlis perasmian Kaul Kampung Sungai Ud Dalat pada Sabtu, Fatimah berkata meskipun tidak berada dalam senarai bantuan rasmi, beliau pasti agensi kerajaan yang terlibat dalam 1AZAM, pernah memberi bantuan kepada individu yang memerlukan itu.

Antara agensi kerajaan terbabit ialah jabatan pendidikan, jabatan pertanian, jabatan kebajikan dan sebagainya.

Menurut Fatimah yang juga Ahli Dewan Negeri Dalat, Sarawak mempunyai Indeks Prestasi Utama (KPI) sehingga penghujung Jun 2017 bagi kerajaan memastikan tiada individu tercicir daripada menerima bantuan.

Fatimah menggesa sistem pendaftaran e-Kasih dipertingkatkan kecekapannya agar mampu berfungsi dengan baik terhadap pesertanya.

Pada majlis tersebut, Fatimah mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar RM35,000 untuk Kampung Sungai Ud Hilir. – Sarawakvoice