Kagumi M’sia, Jepun akui 40 tahun gagal keluarkan 100 rakyat dari Korea Utara

KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Jepun memuji cara Kementerian Luar Malaysia berjaya menangani isu membawa pulang sembilan rakyat negara ini dari Korea Utara.

Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa mengakui Jepun sendiri sejak 40 tahun lalu, masih gagal berunding dengan Korea Utara membawa pulang lebih 100 rakyatnya yang diculik Korea Utara.

Kesemua nasib mangsa culik Jepun berkenaan tidak diketahui nasib mereka sehingga kini.

Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa

Najib berkata, kejayaan ini menggambarkan negara luar menghormati dan menyanjung tinggi Malaysia.

Malaysia dapat menyelesaikan ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara berikutan isu pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Februari lepas.

Isu pembunuhan berprofil tinggi berkenaan menimbulkan konflik antara Kuala Lumpur-Pyonyang sehingga menyebabkan pengusiran duta besar kedua-dua negara.

Akibatnya Pyonyang menghalang warga Malaysia yang berada di Pyongyang, begitu juga Malaysia mengenakan tindakan yang sama.

Kini, isu tersebut telah selesai dan jasad Jong-nam sudah dikembalikan ke Korea Utara.

Ketika penyiasatan masih berlangsung, dua suspek wanita kes ini melibatkan warga Indonesia dan Vietnam dalam proses menghadapi perbicaran di mahkamah.

Berucap merasmikan Program Perumahan Rakyat Bukit Nanas pada Sabtu, Najib berkata Arab Saudi sebuah lagi negara yang memandang tinggi Malaysia dan sanggup melabur lebih RM31 bilion di negara ini.

Bahkan, Arab Saudi sudi menaikkan kuota haji dari 27,900 kepada 30,200.

Sebelum itu Arab Saudi menurunkan kuota haji seluruh negara di dunia dan kuota haji Malaysia diturunkan kepada 22,230 sejak 2013 bagi memberi laluan pembangunan kota suci berkenan.

Baru-baru ini, pada 26 Februari hingga 1 Mac, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz al-Saud mengunjungi Malaysia bermula 26 Februari hingga 1 Mac lepas. – Sarawakvoice