Polis tangkap lelaki jual wanita muda untuk pelacuran

JAKARTA: Polis Kota Pekanbaru berjaya membongkar perdagangan dan kegiatan melacurkan perempuan muda di bawah umur di ibu kota Provinsi Riau dengan tertangkapnya seorang pelaku Winda May Purnama Sari, 22 tahun.

Empat orang perempuan  muda juga berjaya diselamatkan.

Untuk sekali hubungan, pelaku mengenakan bayaran sekitar RM300 dan dia mengambil RM100 daripada bayaran berkenaan.

“Rata-rata korban masih di bawah umur,” kata  jurucakap polis seperti dipetik tempo.com.

Gambar hiasan

Winda ditangkap polis  susulan maklum balas daripada orang ramai  yang resah dengan aktiviti pelacuran yang dijalankannya.

Bahkan ia mampu menyediakan wanita muda bawah umur sesuai dengan permintaan pelanggan lelaki hidung belang.

Selepas mendapat laporan, kata portal itu lagi, polis langsung menjalankan siasatan dengan melakukan penyamaran  pada sebelah malam di Hotel Winstar di Pekanbaru.

Winda akhirnya ditangkap polis bersama-sama empat wanita muda serta barang bukti berupa wang tunai sebanyak Rp 2 juta atau sekitar RM600.

“Pelaku sudah dua tahun melakukan pekerjaan itu,” katanya.

Dalam menjalankan aktivitinya, pelaku biasanya menggunakan media online Wechat untuk bertransaksi kepada sejumlah lelaki hidung belang.

Seorang daripada perempuan muda itu berusia , 17 tahun, mengaku terpaksa menuruti kehendak pelaku untuk melayani lelaki hidung belang kerana desakan ekonomi.

Namun katanya wang tersebut  tidak  dimanfaatkan untuk keluarga di rumah. “Hanya untuk keperluan peribadi, tidak sampai hati  memberikannya kepada orang tua,” ujarnya. – Sarawakvoice