Calon BN kalah PRU sebelum ini dinasihat tidak bertanding lagi – Zambry

IPOH: Calon parti komponen Barisan Nasional (BN) yang pernah bertanding tetapi kalah pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini dinasihat tidak bertanding pada PRU ke-14 (PRU14), kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya beliau berpendapat sedemikian kerana terdapat wakil rakyat sedia ada dan calon yang pernah bertanding dan kalah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada PRU14 akan datang.

“Mungkin mereka mempunyai jawatan di peringkat parti sebagai ketua bahagian. Kalau dia sudah jadi calon dua kali tetapi kalah dua kali, jadi tak payah lah minta nak dicalonkan lagi,” katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.