Wanita berpenyakit sawan, mudah pengsan hilang di hutan Kampung Benawa, Marudi

MARUDI: Satu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pagi ini bagi mencari seorang wanita yang dikhuatiri hilang di dalam hutan di Kampung Benawa, dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi sekitar jam 10 malam tadi.

“Seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi dengan menggunakann sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dan sebuah bot penyelamat.

“Ini berikutan jarak lokasi sekitar 60 kilometer dan perjalanan dengan menaiki bot ke sana mengambil masa satu jam.

“Mangsa dikenal pasti sebagai Habibah Meran, 52 tahun dan amat berisiko kerana mengalami penyakit sawan dan mudah pengsan,” katanya lagi. – Sarawakvoice