Urus Taman Negara Bako, Mulu dan kendali hotel Damai Puri dan Magherita dengan kerjasama syarikat Beijing Glory

Beijing, CHINA: Perjanjian persefahaman di antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan syarikat pemaju pelancongan antarabangsa China, Beijing Glory International Culture Development Co. Ltd di Hotel Nou di sini hari bertujuan untuk membangunkan potensi pelancongan Sarawak dan pengurusan hospitaliti.

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sarawak, Ambrose Cheng berkata, perjanjian itu meliputi usaha menjadikan Kuching sebagaj Hab Asia Tenggara untuk China Express Airline.

“Beijing Glory juga akan diberi tanggungjawab mengendalikan Hotel SEDC di Damai Puri dan Margherita di Kuching selain berusaha meningkatkan konektiviti untuk pasaran pelancongan China, Korea dan Jepun.

Syarikat itu juga katanya, akan menguruskan beberapa pusat pelancongan seperti Taman Negara Bako dan Mulu.

“Mereka juga akan membantu penjenamaan semula Sarawak Plaza,” katanya lagi. – Sarawakvoice