PPBM diterima sertai Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara bersetuju menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggota gabungan yang akan didaftar sebagai Pakatan Harapan.

Persetujuan itu dicapai pada mesyuarat antara pemimpin PKR, DAP dan Amanah hari ini yang dihadiri oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Dalam kenyataan yang ditandatangani mereka, empat parti tersebut akan berbincang mengenai manifesto parti serta mewujudkan logo untuk pendaftaran. Bernama