Pakatan Harapan  bincang logo hadapi BN dalam PRU-14

SUBANG JAYA:   Dalam usaha untuk memperlihatkan kesatuan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan, usaha giat sedang diambil pembangkang untuk mencapai kesepakatan dari segi penggunaan manifesto dan logo baharu bagi menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Malah, kini Pakatan Harapan  sedang  membincangkan perkara berkenaan di peringkat Majlis Presiden.

Penggunaan satu logo akan memudahkan pengundi mengenali Pakatan Harapan sebagaimana Barisan Nasional menggunakan satu lago ketika bertanding dalam pilihan raya umum atau negeri.

Semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Rumah Selangorku, Harmoni 1 di sini hari ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia sekali gus usaha menguatkan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Sebelum ini, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar Pakatan Harapan menggunakan logo dan manifesto yang sama bagi menghadapi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14.

“Ini sedang dibincangkan, ada konsesus Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk logo dan manifesto. Butirannya akan diserahkan kembali kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk ambil keputusan,” ujar Azmin. – Sarawakvoice