Kerjasama SEDC-Beijing Glory hanya tumpu Hotel Damai Beach dan Grand Magherita – Setiausaha Akhbar KM

Beijing, CHINA: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) sebentar tadi menjelaskan, perjanjian persefahaman yang ditandatangi di antara pihaknya dan Beijing Glory International Culture Development Co hanya melibatkan Hotel Damai Beach  and Grand Magherita.

“Mereka akan melaksanakan kajian kebolehupayaan terlebih dahulu bagi mengenal pasti potensu kerjasama perniagaan ini.

“Penglibatan dalam bidang lain, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan awal tidak dilaksanakan,” kata Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Ambrose Cheng. – Sarawakvoice