Raja Salman pulang, selepas misi sebulan kunjungi Asia sukses

RIYADH: Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akhirnya berangkat pulang ke negaranya pada Sabtu lepas, selepas sebulan melakukan lawatan kerja di beberapa negara di Asia.

Baginda membatalkan kunjungannya ke Maladewa yang yang kini ibu negaranya dilanda wabak selesema babi.

Raja Salman sukses menjalinkan kerjasama erat dengan Malaysia, Indonesia, Brunei, Jepun dan China selain berusaha mengubah ekonomi Arab Saudi yang bergantung dengan sumber bahan api.

Raja Salman giat mempromosikan pelaburan Arab Saudi di semua negara dilawatinya, termasuk syarikat minyak Aramco.

Selain kerjasama ekonomi, Raja Salman mengajak negara dilawatinya tampil menyelesaikan kemelut di Timur Tengah, termasuk memerangi keganasan.

Menurut Reuters pada Ahad, semasa di Jepun, Raja Salman meminta kerajaan negara tersebut terlibat dalam dialog isu Palestin dan Yaman. – Sarawakvoice