Jika syarikat telekomunikasi kenakan caj tersembunyi , buat aduan kepada MCMC

HULU TERENGGANU: Pengguna digesa membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) jika dikenakan caj tersembunyi oleh syarikat telekomunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata MCMC mempunyai Biro Aduan Pengguna untuk pengguna berbuat demikian.

Jika aduan mereka tidak dilayan oleh syarikat telekomunikasi berkenaan, pengguna boleh membuat aduan kepada MCMC yang akan mengambil tindakan kepada syarikat terbabit jika gagal membuat penyelesaian, katanya di sini hari ini.

Pada masa sama beliau turut meminta syarikat telekomunikasi menyemak semula dokumen perjanjian yang disediakan bagi memastikan pengguna memahami terma-terma dalam kontrak sebelum menandatanganinya.

“Kadangkala perjanjian yang disediakan menggunakan huruf yang terlampau kecil dan ini menyebabkan pengguna malas nak membacanya,” kata Jailani. Bernama

Leave a Reply