Industri pelancongan kesihatan sumbang peningkatan jumlah pelancong

KUALA LUMPUR: Industri pelancongan kesihatan telah menyumbang kepada jumlah kedatangan pelancong ke negara ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata ia berikutan penyediaan khidmat penjagaan kesihatan dan rawatan
perubatan yang kompetetif dan terbaik berbanding negara-negara jiran.

“Pelancong dalam industri tersebut kebanyakannya ingin mendapatkan khidmat
perubatan di negara ini kerana mereka yakin bahawa doktor-doktor kita merupakan
kelulusan dari universiti terbaik dari negara Rusia, India dan China dan mereka
lebih yakin untuk datang,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan
Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang ingin
tahu sejauh mana industri pelancongan kesihatan menyumbang kepada ekonomi
negara.

Mohamed Nazri berkata Malaysia juga mempunyai khidmat selepas penjagaan
yang terbaik kerana negara mempunyai pusat-pusat peranginan yang cantik bagi
membantu proses pemulihan. Bernama