Dua lelaki cedera, Myvi-Kancil bertembung di Serian

SERIAN: Dua lelaki, masing-masing memandu Perodua Kancil dan Perodua Myvi cedera selepas kenderaan mereka bertembung di simpang Taman Cosy, Jalan Serian-Gedong dekat sini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima maklumat kemalangan sekitar jam 6.35 pagi dan sebuah jentera bomba dan ambulans EMRS dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan melakukan pemeriksaan awal selepas mendapati tiada mangsa yang tersepit, sebaliknya mengalami kecederaan dan dapat keluar sendiri.

“Setelah mendapatkan rawatan awal, mangsa dikejarkan ke Hospital Serian oleh unit EMRS.

Anggota kemudian bertindak membersihkan serpihan kaca dan juga sisa-sisa minyak di atas jalan raya menggunakan hosereel air daripada jentera, katanya lagi. – Sarawakvoice