AS, China kaget, Korea Utara rintis lancar peluru berpandu rentas benua

SEOUL: Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), pada Ahad melaporkan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berpuas hati dengan kejayaan ujian enjin tujahan tinggi (high-thrust engine) yang dibangunkan di stesen pelancaran roket Tongchang-ri.

Jong-un menyifatkan kejayaan itu sebagai kelahiran baharu bagi industri roket Korea Utara.

Memetik Reuters, KCNA menyebut enjin itu bakal membantu Korea Utara mencapai keupayaan melancarkan satelit bertaraf dunia.

Ujian itu juga dapat menjadi indikasi bagi pembangunan enjin baharu bagi roket peluru berpandu jarak jauh.

Menurut KCNA, Jong Un mengesahkan Korea Utara bersedia melancarkan ujian peluru berpandu balistik rentas benua.

Anak mendiang Kim Jong-il itu juga berkata, dunia akan menyaksikan kemenangan besar yang dibawa oleh kejayaan ujian tersebut yang disifatnya senagai Revolusi 18 Mac.

Susulan tindakan Korea Utara berkenaan, Amerika Syarikat (AS) dan China berikrar bekerjasama memastikan negara berkenaan mengubah haluannya.

Pada pertemuan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson dengan Presiden China Xi Jinping di Beijing Sabtu lepas, kedua-dua negara berikrar menghentikan program senjata Korea Utara

Rex, mantan CEO Exxon Mobil bertemu Jinping ketika mengakhiri rangkaian lawatannya ke Asia.

Jinping memuji usaha Rex mencipta transisi kepemimpinan yang tulus dalam era baru hubungan China-AS.

Ironisnya, ketika kunjungan Rex, Korea Utara mendakwa berjaya melancarkan ujian mesin roket terbaru itu.

Bagaimanapun, banyak pihak meragui dakwan Phongyang berkaitan kejayaannya dalam ujian peluru berpandu balistik antara benua itu. – Sarawakvoice

Leave a Reply