22 wanita urut tawar seks ditahan di Kuching

KUCHING: Seramai 22 wanita yang bekerja di rumah urut ditahan selepas didapati menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Mereka dicekup hasil tindakan polis menggempur lima pusat refleksologi di Kuching dan Padawan pada minggu lepas.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar memberitahu, tiga daripada rumah urut itu beroperasi di MJC Batu Kawa manakala dua lagi di sekitar bandar raya Kuching.

Tindakan diambil kerana kita mendapat aduan awam bahawa mereka telah ditawarkan khidmat seks semasa mendapatkan perkhidmatan urutan di pusat-pusat tersebut.

“Kesemua wanita terbabit adalah rakyat asing termasuk dari China, Vietnam dan Filipina,” katanya.

Dev berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengusaha rumah urut yang menawarkan perkhidmatan tidak bermoral, terutamanya seks dalam perniagaannya.

Kes akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Hiburan 2001. – Sarawakvoice