Tiba-tiba muncul suspek terbaru pembunuhan Jong-nam!

KUALA LUMPUR: New Straits Times pada Sabtu melaporkan, ketika ini muncul tertuduh baru dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Suspek terbaru tersebut dikatakan terakam CCTV sentiasa berdekatan dengan Jong-nam demi memastikan misi dan plot pembunuhan oleh warga Vietnam, Doan Thi Huong dan warga Indonesia, Siti Aisyah berjaya.

Suspek terbaru itu dikenal pasti sebagai Chang Nam-un berusia sekitar 30-an, warga Korea Utara.

Setakat ini bererti terdapat tujuh lelaki warga Korea Utara sebagai suspek pembunuhan berprofil tinggi berkenaan.

Empat daripada tujuh tersangka dikenal pasti Ri Ji -hyon, Hong Song-hac, Ri Jae-nam dan O Jong-gil sudah melarikan diri dari Malaysia.

Jalan keluar suspek berkenaan untuk sampai di Pyongyang pada 17 Februari adalah melalui Phnom Penh, Bangkok dan Moscow.

Manakala, dua suspek lain disyaki bersembunyi di Kedutaan Besar Korea Utara, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, berkaitan tersangka ketujuh Nam-un, tidak diwartakan lokasi dia berada.

Terdapat beberapa klip menunjukkan aksi Nam-un seperti memberi isyarat tangan, berjalan setentang dengan mangsa dan mengekori pergerakan mangsa, bahkan memantau mangsa selepas serangan, terakam CCTV di KLIA2.

Pakar turut mengkaji bahasa muka serta pergerakan melibatkan langkah kaki suspek.

Pasukan mendapat fakta daripada perisikan Jepun di Bangkok dan mengenal pasti lelaki berkenaan ialah suspek kelima yang melarikan diri dari Malaysia beberapa jam selepas serangan menggunakan Agen Saraf VX dilakukan. – Sarawakvoice

Leave a Reply