Terakhir hari ini, lulusan SPM, STPM kunjungi karnival pendidikan di CityOne

KUCHING: Memenuhi aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) sedia merangka acuan sektor pendidikan tinggi negara sesuai dengan keperluan dunia masa depan.

Ketua Pengarah KPTM Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, perubahan berlaku sesuai dengan kemajuan dan perkembangan teknologi terkini yang kreatif dan inovasi.

Menurut Hamuisah semasa menghadiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 Zon Sarawak di CityOne Megamall pada Sabtu, landskap pendidikan tinggi negara turut berubah sesuai dengan aspirasi TN50.

Perkembangan dunia pendidikan pengajian tinggi di negara ini turut menyaksikan peningkatan sebanyak 11 peratus pelajar yang layak memasuki Insititusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Tahun lalu, sekitar 120,000 kemasukan pelajar ditetapkan dan untuk tahun ini jumlah itu kekal dengan penambahan 11 peratus,” ujar Hamisah.

Sarawak lokasi keenam karnival itu diadakan bermula Sabtu, 18 Mac dan berakhir Ahad, hari ini , membabitkan 120 penyertaan IPT awam dan swasta serta agensi kerajaan.

KTPN seumpama pusat sehenti untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf mendapatkan maklumat tentang peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan.

Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi ini membekalkan maklumat terkini berkenaan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), IPT, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Sesi Akademik 2017/2018.

KPTN yang bermula Februari lepas dan berakhir hujung Mac ini turut menawarkan khidmat bimbingan kaunseling.

JaduaL dan tarikh bagi zon KPTN di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

Zon Timur, 11-12 Februari 2017, AEON Kota Bharu, Kelantan.

Zon Mini, 18-19 Februari 2017, Dewan Ilmu Kampus Unimap Pauh Putra, Perlis.

Zon Selatan, 25-26 Februari 2017, Kampus UTHM, Batu Pahat, Johor.

Zon Utara, 4-5 Mac 2017, Padang Kawad Kampus Induk USM, Pulau Pinang

Zon Sabah, 11-12 Mac 2017, Suria Sabah Shopping Mall Kota Kinabalu, Sabah.

Zon Sarawak, 18-19 Mac, 2017 CityOne Megamall Kuching, Sarawak.

Zon Tengah, 25-26 Mac 2017, Pekarangan Dewan Tuanku Canselor USIM, Negeri Sembilan.

Untuk Sabah dan Sarawak masa KPTN pada 8:30 pagi hingga 5:30 petang. – Sarawakvoice

Leave a Reply