S’wak bersungguh gerakkan 2017 sebagai Tahun Ekonomi Internet negara

LAWAS: Kini, dunia maya menjadi medium penting bagi usahawan mengendalikan perniagaan mereka termasuk bagi usahawan  luar bandar dan pedalaman.

Sementara, sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan 2017 sebagai ekonomi internet negara, Sarawak cergas menggerakkan tahun ini sebagai Tahun Ekonomi Internet (TEI).

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Penyampaian Sijil Program Cambridge Starters Bagi Sekolah Rendah Sarawak 2016 berkata, kerajaan kini giat mengaktif dan melonjakkan kemahiran ICT di kalangan warga luar bandar.

Pada masa yang sama, di peringkat sekolah kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dipertingkatkan dan rancak diajar di kalangan pelajar.

Awang Tengah mendedahkan seawal 2004,  Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar bekerjasama dengan Danawa Education dalam inisatif melestari pembagunan ICT serta menambah baik infrastruktur asasnya.

Awang Tengah berkata, Danawa menawarkan sukatan pelajaran peperiksaan antarabangsa Cambridge untuk ICT kepada pelajar Bumi Kenyalang melalui penubuhan kaedah dan akreditasi antarabangsa.

Pada Oktober tahun lepas, Najib menggariskan lima strategi pemangkin bagi menjadikan 2017 sebagai Tahun Ekonomi Internet (TEI) Malaysia.

Mikrokosma fizikal, pembiayaan modal risiko, perhubungan, bakat dan rangka kerja kawal aturan, merupakan pemangkin penting dalam agenda TEI.

Bagi Najib revolusi digital sangat pantas, oleh itu kita mesti berinisiatif mengikut perubahan.

Melalui revolusi digital kumpulan atau hab digital komuniti dalam ekonomi internet baharu, syarikat tunas, syarikat meningkat naik dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) saling berhubung dan mencetuskan idea baru. – Sarawakvoice

Leave a Reply