Suami siar bunuh diri secara langsung melalui Facebook

JAKARTA: Bunuh diri disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Tentu kejadian itu menggemparkan.

Dan inilah yang berlaku apabila pemilik akaun Facebook bernama Pahinggar Indrawan mencabut nyawanya sendiri.

Kematian Pahinggar yang tayang di media sosial itu di luar dugaan semua orang, malah amat mengejutkan netizen sejak kelmarin.

Banyak yang bagai tidak percaya dengan tindakan nekad lelaki berusia 50 tahun itu.

Lelaki itu menggantung diri di rumahnya di Jagakarsa, Jakarta Selatan, dan menayangkannya secara langsung di Facebook.

Indra dikatakan baru tinggal di rumah itu selama tiga bulan.

Daripada tayangan itu pula, terungkap bahawa sebelum mengakhiri hidupnya, Pahinggar sempat bertengkar dengan isteri. Pertengkaran mereka berdua itu amat menghebohkan jiran tetangga sehingga isterinya menangis.

Berdasarkan video yang disiarkan semula oleh SinarQQ, pelaku menjerut lehernya dengan tali  dan melambaikan tangan seolah-olah mengucapkan selamat tinggal. Sebelum meragut nyawanya lelaki itu kedengaran bercakap-cakap.

“Nama gue (saya) Indra. Gue punya isteri namanya …. Gue cinta mati sama dia. Tak tahu mengapa jodoh diakhir seperti sekarang. Sekarang dia pergi, tak tahu di mana, tinggalkan gue dengan anak. Gue tinggalkan video ini untuk kenang-kenangan.”

Akhirnya lehernya pun dijerut oleh tali yang tergantung sambil terdengar dengusan seperti lembu.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir didapati seluruh tubuh menggeletar dan bergoyang dengan kuat membayangkan kesakitan yang ditanggungnya.

Pelakuan bunuh diri itu dipercayai dilakukan kerana cemburu terhadap isterinya yang telah dinikahinya selama 13 tahun.

Adakah anda mahu melihat video itu? Kami tak sampai hati menyiarkannya. – Sarawakvoice

Leave a Reply