Marrion Kelly bintang baru

SEOUL: Anak cilik, Marion Kelly menarik perhatian dunia khususnya dunia maya selepas di “menceroboh” wawancara siaran langsung ayahnya Profesor Robert Kelly dengan stesen BBC.

Selepas itu, Marion dijemput muncul dalam sidang akhbar di Korea Selatan bersama ayahnya, Robert, ibunya dan adik bongsunya bersama isterinya Kim dan adik bongsunya James.

Ayahnya Robert, pensyarah Universiti Nasional Pusan menjelaskan kekecohan yang berlaku dalam temu bual pada Ahad lepas itu.

Menenggelamkan sidang media ayahnya, gelagat Marion, 4, berjaya menarik perhatian ramai dengan tingkah laku aktifnya selain gaya pemakaianya dengan trench coat berwarna perang muda, serta cermin mata berbingkai merah jambu sambil mencicip lolipop.

Ramai tertarik dengan fesyen pakaian dan penampilannya pada sidang media keluarganya itu.

Dalam sidang akhbar itu, Robert, 44, menjelaskan beliau mulanya risau dengan kekecohan yang dicetuskan anak dan isterinya dan terfikir beliau mungkin tidak muncul di kaca televisyen selepas itu.

“Memang saya bimbang. Saya terus hubungi pihak BBC untuk segera minta maaf.

“Ketika itu saya terfikir, ‘habislah, stesen televisyen tak panggil saya lagi selepas insiden tidak dijangka ini’,” kata warga Amerika Syarikat itu.

Beliau yang berpindah ke Korea Selatan sejak 2008 sebelum berkahwin dengan isterinya mantan guru yoga, terkejut klip rakaman itu tular ke seluruh dunia berbanding inti perbincangan berkaitan isu politik Korea.

Robert bagaimanapun, senang kerana gelagat lucu keluarganya secara spontan itu menceriakan ramai netizen dan ditonton lebih 86 juta kali menerusi laman rasmi Facebook BBC sendiri setakat Rabu.

Dalam pada itu, isteri beliau Jung-a tidak berkecil hati apabila ramai pada mulanya menyangka beliau pembantu rumah, tetapi video tersebut “membuka mata” banyak pihak berkaitan isu perkahwinan campur. – Sarawakvoice

Leave a Reply