Rasuah bukan sekadar pada manifesto pilihan raya

KUALA LUMPUR: Bagi Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, menentang rasuah bukan hanya ungkapan di lidah atau kata-kata bertulis sebagai manifesto pilihan raya.

Sebaliknya kata, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, penentangan terhadap rasuah adalah keyakinan di hati yang dijelmakan dengan perlakuan apabila diberikan kuasa.

Beliau mendakwa dalam satu kenyataan, sejak 27 tahun Pas memerintah Kelantan belum ada satu kes rasuah dapat dipalitkan.

“Apa rahsianya? Rahsianya ialah keimanan pemimpinnya terhadap haramnya rasuah dan pertimbangan syurga dan pahala dalam semua tindakan,” katanya.

Ujarnya,  rasuah adalah penyakit mereka yang berkuasa melainkan mereka yang beriman dengan syurga dan neraka.

“Parti yang dilihat kononnya menentang rasuah juga terlibat dengan rasuah apabila berkuasa kerana tiada iman kepada syurga dan neraka,” katanya  lagi. – Sarawakvoice

Leave a Reply