PM Najib lancar Ekspresi Negaraku

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya di sini.

Turut serta menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Program Ekspresi Negaraku menjadi platform pertama untuk memacu inisiatif ‘Negaraku’ yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta negara dalam setiap jiwa Malaysia.

Najib dalam catatan blog beliau sebelum ini berkata inisiatif ‘Negaraku’ bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam diri rakyat, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya. Bernama