Pintu Pas terkunci rapat untuk Bersatu

CYBERJAYA: Pintu Pas sudah terkunci secara muktamad untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Asas pendirian dan keputusan itu adalah kerana ia tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersekongkol dengan Amanah yang turut terdiri daripada DAP dan Amanah.

DAP dianggap menikamnya dari belakang manakala Amanah merupakan parti serpihan Pas.

Selasa lalu Bersatu secara rasmi mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, secara rasmi tiada kerjasama dengan Bersatu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini bagi mengulas isu berkaitan.

Mahathir mencadangkan supaya gabungan itu menggunakan nama baharu, satu logo, satu simbol dan satu manifesto bagi menghadapi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. – Sarawakvoice