Najib ucap tahniah kemenangan Mark Rutte

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya di Belanda, Mark Rutte yang memenangi Pilihan Raya Parlimen negara itu.

“Congratulations @markrutte on winning the Dutch parliamentary elections. I look forward to working closely with you to enhance our co-op,” katanya dalam Twitter rasminya.

(Tahniah@markrutte atas kemenangan Pilihan Raya Parlimen Belanda. Saya harap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk meningkatkan kerjasama kita)

Pilihan Raya Parlimen Belanda diadakan pada 15 Mac lepas.

Leave a Reply