Kenaikan kadar faedah AS tidak beri kesan negatif

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini tidak memberi kesan negatif terhadap ringgit, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau juga berkata kenaikan tersebut tidak semestinya membawa kepada penurunan ringgit kerana prestasi unit tempatan itu ditentukan oleh kuasa pasaran.

“Malah, sejak kenaikan itu, ringgit kekal stabil dan malahan mengukuh. jadi, kita berharap aliran ini akan berterusan pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Kecemerlangan Industri 2016, di sini, hari ini.

Rizab Persekutuan AS pada Rabu menaikkan kadar faedah ekonomi terbesar dunia itu sebanyak 25 mata asas kepada satu peratus.

Pada 6 petang hari ini, ringgit diniagakan pada 4.4340/4370 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4390 pada Khamis.

Sementara itu, Anugerah Kecemerlangan Industri tersebut mengiktiraf pencapaian perniagaan yang mencapai kecemerlangan perniagaan sepanjang 2016. – Bernama

Leave a Reply