Restoran nasi kandar popular Line Clear dibuka semula

GEORGETOWN: Pemilik dan pelanggan setia Restoran Line Clear dapat menarik nafas lega selepas dibenarkan dibuka semula disebabkan tahap kebersihan restoran itu didapati menepati keperluan.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr M Sukumar berkata, selepas pemeriksaan semula pada Khamis lalu, pegawai pemeriksa berpuas hati dengan tahap kebersihannya.

Isnin lalu, Restoran Line Clear diarahkan tutup selama dua minggu selepas pemeriksaan selepas Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut mendapati terdapat tikus, bangkai tikus dan lipas di premis berkenaan.

Arahan penutupan premis dikeluarkan bagi membolehkan kerja pembersihan premis dijalankan.

Restoran terbabit tidak menepati tahap kebersihan di bawah Sekysen 11 Akta Makanan 1983.

“Pada 13 Mac lalu, dua restoran nasi kandar di Jalan Penang diarah tutup dalam satu operasi Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP),” katanya dalam satu kenyataan.

Namun,  ujar Dr Sukumar, pemeriksaan semula premis dijalankan 16 Mac dan didapati tahap kebersihan restoran telah menepati keperluan.

Line Clear telah dibuka pada 16 Mac manakala sebuah lagi akan diperiksa semula pada hari ini (17 Mac), menurut kenyataan itu lagi.

Beliau berkata, sekiranya pegawai pemeriksa berpuas hati dengan tahap kebersihan, maka restoran tersebut akan dibenarkan beroperasi semula. 

“Namun, jika restoran masih tidak menepati kehendak dari segi kebersihan, maka penutupan akan dilanjutkan tidak melebihi 14 hari lagi,” katanya. – Sarawakvoice

Leave a Reply