Chong pertikai guru Pendidikan Islam dari Semenanjung mengajar di S’wak

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pas Sarawak, Mohamad Arifiriazul Paijo berkata, Dap Sarawak melemparkan persepsi negatif berkaitan isu pengambilan 433 guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

Arifitiazul dalam kenyataannya pada Rabu menyifatkan isu pengambilan guru berkenaan hanya berkaitan urusan pentadbiran.

Memetik portal FMT, Arifitiazul melihat Dap Sarawak seperti mahu dianggap sebagai jaguh sentimen kenegerian sambil menerbitkan persepsi negatif kepada Islam.

Sebelum ini, Pengerusi Dap Sarawak, Chong Chieng Jen dilaporkan mendakwa 433 guru Pendidikan Islam yang dipelawa mengajar di Sarawak menjadi permulaan kepada ketaksuban agama yang kemudian mengganggu keharmonian kaum di Sarawak.

Chong mendakwa guru dari Semenanjung ini membawa versi ajaran Islam Umno mengindoktrinasi kanak-kanak di Sarawak yang menyebabkan berlaku pengasingan kaum.

Arifiriazul menganggap Chong merumitkan keadaan dengan keterlaluan, prejudis dan melampau.

Chong cuba mentohmah guru secara tidak berasas dan dianggap menghina profesion mulia para guru yang ikhlas mendidik pelajar.

Bahkan, secara keras, Pas menuduh Dap sebagai anti-Islam.

Memetik FMT, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, “Jika Dap diberi peluang kelak, perbalahan agama boleh tercetus dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak setuju dengan provokasi Dap ini.”

Khairuddin turut bertanya adakah kenyataan Chong berkaitan dengan polisi Pakatan Harapan dan mahu mengetahui pendirian mereka berhubung kecolaparan Chong ini.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) kesal dengan “sendaan” DAP bahawa guru agama “import” dan “pemikiran sempit” dari Malaysia Barat menganggu keharmonian kaum di Sarawak.

Memetik kenyataan yang disiarkan FMT, Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razak, kenyataan berkenaan mengguris hati para guru kerana mereka di hantar ke sana untuk mengisi kekurangan tenaga kerja di Sarawak.

“Latihan guru agama mungkin berkurangan jadi mereka memerlukan guru (di Sarawak),” ujar Kamarozaman dan menganggap kenyataan Chong hanya bertujuan mengganggu-gugat budaya mengajar anak bangsa. – Sarawakvoice