Bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon ke Harvard University

SEOUL:  Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, yang menarik diri sebagai calon untuk pemilihan presiden Korea Selatan, bakal mengajar di universiti terkemuka dunia ― Harvard University.

Menurut Korea Times, Ki-moon, 72, akan ke Amerika Syarikat pada 24 Mac.

Beliau tidak akan mengajar sepenuh masa, tetapi mengadakan seminar sebagai profesor pelawat.

Jurufoto Hj Zamzy Hj Othman

Jawatan itu lazimnya dikhaskan untuk presiden atau perdana menteri, pernah disandang oleh bekas presiden Mexico Felipe Calderon dan presiden Finland Tarja Halonen.

Universiti terbabit juga menyediakan seorang setiausaha untuk membantu Ki-moon, selain tempat tinggal untuk beliau dan isterinya, Yoo Soon-taek.

“Beliau dijangka menyelesaikan tugasnya, dan kembali ke Korea pada Julai,” kata pembantunya seperti dipetik akhbar itu.

Sebelum bertolak ke Amerika Syarikat, beliau menghadiri beberapa acara di negara ini, termasuk melancarkan buku terbaharunya, Rabu.

Kemunculannya di beberapa majlis menurut Ki-moon bukan bermakna beliau akan menyertai politik.

Pada 1 Februari lalu, beliau mengumumkan tidak akan menyertai pertandingan jawatan presiden yang akan diadakan pada 9 Mei. – Sarawakvoice

Leave a Reply