Bas laju, tiada pilihan kerana kegagalan brek

KUANTAN: Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad menjelaskan bas yang bergerak laju bersebelahan kereta yang sedang melakukan transaksi tol semalam, tidak mempunyai pilihan berikutan kegagalan brek.

Jurucakap Anih Berhad berkata kejadian di Plaza Tol Temerloh dekat sini, pada pukul 3.15 petang semalam adalah insiden yang tidak dapat dielakkan.

Rakaman insiden menerusi kamera litar tertutup itu menjadi tular di laman sosial YouTube.

“Kejadian dipercayai berlaku kerana bas itu mengalami kegagalan brek menyebabkan pemandunya tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan ruang bersebelahan kereta itu.

“Anih Berhad juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Anih Berhad turut menasihatkan semua pemandu khususnya kenderaan berat untuk sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Semalam, satu rakaman video tular di YouTube menunjukkkan sebuah bas bergerak laju melalui lorong yang sama dengan sebuah kereta yang sedang menjelaskan bayaran tol di sebuah plaza tol.

Dalam video berdurasi 10 saat itu, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Leave a Reply