Video tular 80 juta tontonan, profesor kembali ke TV bersama isteri, anak

BUSAN: Masih ingat petikan video viral wawancara penyampai BBC, James Menendez dengan pemerhati politik luar negara Amerika Syarikat untuk Korea, Profesor Robert Kelly pada 15 Mac lepas?

“Kesilapan manis” gangguan anak dan isteri Robert di belakangnya ketika wawancara berlangsung dengan penyampai BBC, mencuit hati penonton seluruh dunia.

Wawancara secara langsung melalui Skype dari kediaman pensyarah berkenaan di kediamannya di Korea Selatan membincangkan isu serius pemecatan Presiden Park Geun Hye yang didapati bersalah melakukan rasuah.

Dalam video tersebut, dalam keadaan pintu bilik terlupa ditutup semasa wawancara berlangsung dengan ahli akademik Universiti Antarabangsa, Busan itu masuk dua anak kecilnya yang menganggu wawancara.

Sehubungan video tular itu, Robert Kelly kembali muncul semula untuk wawancara dengan BBC.

Masih berlatar belakang ruang pejabatnya yang sama di sebuah apartemen di Busan, Korea Selatan, kali ini pensyarah tersebut duduk santai bersama isterinya dan bersama-sama dua buah hatinya.

Ramai penonton menyangka wanita tersebut ialah orang gaji Robert pada awalnya.

Selepas seminggu video itu tersebar menjadikan keluarga Robert bintang Youtube terkenal, Robert berkata, “semua orang yang kami kenal tampaknya teruja. Kami faham mengapa orang menganggap video itu menyenangkan.

“Ya, kerana memang lucu kalau difikirkan,” ujar Robert kepada James Menendez pada wawancara Rabu.

Ketika kembali membawa acara di studio, Menendez tidak tahan tertawa geli hati , kerana seperti sebelumnya, anak Robert tidak duduk diam.

Anak perempuannya, Marion, 4 memakai kaca mata duduk di pangkuan ibunya, Kim Jung-a.

Marion melakukan sesuatu yang membuat ibunya cuba menenangkannya.

Demikian juga adik lelakinya di pangkuan ayah cuba bermain di meja kerja ayahnya.

Isteri Robert berkata, “kami turut tertawa melihat rakaman itu, tapi kami juga sedikit khuatir (tentangnya).”