Tiga wajah berbeza Najib tarik perhatian ramai

KUALA LUMPUR: Melihat perubahan muka dan gaya sendiri dalam tempoh tertentu, kadangkala memang sesuatu yang melucukan.

Stail rambut dan cermin mata yang dipakai seseorang berbeza mengikut zaman.

Datuk Seri Najib Razak  turut  berkongsi melalui laman sosial miliknya tiga perubahan wajahnya dalam satu kad untuk tiga zaman berbeza, ketika berusia 12, 18 tahun dan kini.

“Evolusi saya dilihat dari kad pengenalan. Kemerosotan dan pemutihan rambut yang ketara. Hadiah daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia. Terima kasih,” tulis Najib di Facebook dan laman mikro Twitter rasminya.

Perdana Menteri  berkata, paparan evolusi wajahnya itu merupakan hadiah yang diterimanya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

JPN, sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab mendaftar peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian.

Pelbagai komen netizen dapat dilihat di bawah gambar yang dimuat naik Perdana Menteri. – Sarawakvoice