Makhluk ganjil dalam longkang disangka biawak, rupanya lelaki sedang depresi

JAKARTA: Ada makhluk ganjil merangkak di dalam longkang di Jalan Howitzer Raya, Kemayoran, Jakarta Pusat pada Isnin, 13 Mac.

Ada yang menyangka, makhluk ganjil berwarna hitam diselaputi lumpur dan limbah hanyir longkang itu seekor biawak.

Melihat warga meninjau-ninjau longkang tersebut, ketua polis Kemayoran, M Rosid bersama-sama anggotanya yang kebetulan bertugas mengawal lalu lintas tidak jauh dari lokasi, turut meninjau longkang berkenaan.

Memetik Sindonews, M Rosid berkata pada Selasa, mereka memeriksa longkang berkenaan dan mendapati makhluk hitam itu sebenarnya lelaki bernama Supeno, 24, warga Sumur Batu, Kemayoran, Jakarta Pusat, yang sedang mengalami tekanan hidup.

Supeno berada dalam kesejukan dan badannya disaluti lumpur tanpa baju.

Tidak mahu melihat Supeno terus menanggung “hiba” di longkang, dengan tubuh penuh limbah hitam pekat, Supeno dibantu keluar dari situ oleh M Rosid dan anggotanya.

Supeno sempat menolak tetapi akhirnya mencapai tangan M Rosid dan anggotanya sehingga akhirnya keluar dari longkang berbau dipenuhi sampah itu.

Kemudian, dengan dibantu warga yang melihat, kedua-dua tangan Supeno dan kakinya dipegang untuk memandikan terlebih dahulu.

Supeno diserahkan kepada keluarganya yang datang menjemputnya.

Tribunnews melaporkan, ahli keluarga Supeno memberitahu mangsa bertindak begitu akibat kemurungan yang berpunca selepas bekas majikannya tidak membayar gajinya.

Supeno sebelum ini dikatakan pernah bekerja sebagai buruh binaan sebulan di Bandung.

Akibat kemurungan dihidapinya, Supeno kini ditempatkan di rumah sakit jiwa Pekalongan, salah sebuah daerah di bandar tersebut. – Sarawakvoice

Leave a Reply