SEOUL:  Penasihat undang-undang bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menegaskan pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un boleh dirujuk kepada badan kehakiman dunia jika didapati sebagai dalang di sebalik pembunuhan abang tirinya, Kim Jong-nam, menurut satu laporan TV Amerika Syarikat, Khamis.

Korea Utara menurut Korea Times dipercayai merancang pembunuhan Jong-nam, di KLIA2 pada 13 Februari lalu dengan menggunakan agen saraf VX.

“Ini sesuatu yang memungkinkan Majlis Keselamatan PBB, malah ICC kemukakan beliau untuk pengadilan, jika, ya sekali lagi jika, anda dapat buktikan bahawa mereka dalang, disebabkan jenis atau bahan yang digunakan dalam pembunuhan,” kata peguam terbabit yang dipetik sebagai berkata oleh Voice of America.

“Dalam ICC, selalunya …ia menuju ke atas, anda akan dapat kenal pasti individu yang bertanggungjawab. Anda biasanya tidak mendakwa orang di bawah. Anda biasanya menyasarkan individu yang mengarahkan pembunuhan itu. Jika anda yang melakukannya, maka anda bertanggungjawab,” katanya.  – Sarawakvoice