KUALA LUMPUR: Duta Belanda ke Korea Selatan, Lody Embrechts  dipercayai memainkan peranan penting dapat membantu keluarga Kim Jong-nam, dengan menempatkan mereka di tempat baharu bagi mengelakkan percubaan membunuh oleh pemimpin negara terbabit.

Cheollima Civil Defense, sebuah pertubuhan yang memuat naik gambar dan kenyataan anak sulung Jong nam melalui Youtube, merakamkan penghargaan khas kepada Embrechts atas tindak balas kuat dan pada masa yang dianggap tepat dalam menempatkan ahli keluarganya susulan pembunuhan beliau di KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Keluarga Jong-nam dipercayai dilindungi kerajaan China di Macau ketika beliau dibunuh.

Kes itu terus menarik minat media antarabangsa.

Cheollima Civil Defense menurut Korea Times, dikatakan memberi perlindungan kepada Kim Han-sol,  ibu dan adik perempuannya, dan membantu untuk menempatkan mereka di negara lain dengan sokongan kerajaan Amerika Syarikat, China dan Belanda, dan sebuah lagi negara lain yang identitinya tidak didedahkan.

Sambil menyatakan bahawa  Embrechts  juga bertanggungjawab sebagai duta Korea Utara, pertubuhan itu berkata bahawa beliau “memberi sumbangan kepada Belanda atas “pendiriannya yang berpinsip dan tegas berkaitan hak asasi manusia dan norma kemanusiaan.”

Kedutaan Belanda di Korea Selatan enggan mengesahkan dakwaan itu.

Menurut Korea Times, sumber diplomatik berkata Embrechts yang telah menjadi duta di Seoul sejak Februari 2015 bersikap terbuka dan mesra dengan Korea Selatan, dengan menyatakan isterinya berasal dari Korea Selatan, dan tahap kecekapannya dalam bahasa Korea adalah “agak baik”. – Sarawakvoice

Leave a Reply