Pelajar Jepun ajar bahasa Jepun kepada pelajar Unimas

KOTA SAMARAHAN: Dalam sesi pertemuan dengan pelajar Universiti Malaysia Sarawak petang ini, 12 pelajar Jepun mengambil kesempatan untuk mengajar bahasa Jepun.

Pelajar dari Tokyo University of Foreign Studies itu mengajar aspek asas bahasa yang dituturkan oleh lebih 100 juta penduduk itu.

Pengajar yang mengetuai rombongan, Faridah Mohamed berkata tujuan program itu adalah untuk mendedahkan bahasa Jepun kepada pelajar dan menyemai minat terhadap bahasa itu.

Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka amat seronok mempelajari aspek sapaan dalam bahasa itu.

Mereka dalam rangka lawatan selama enam hari ke negeri ini.

Pada malam ini pelajar terbabit akan menjamu selera dengan hidangan makanan Melayu di Kampung Patingan di sini. – Sarawakvoice