Bagi mereka di luar bidang diplomatik dan hubungan antarabangsa, istilah persona non grata tentu sesuatu yang asing.

Namun, tindakan sedemikian bukanlah luar biasa dalam konteks hubungan diplomatik.

Istilah dalam bahasa Latin  itu  bermaksud individu yang tidak diinginkan. Individu yang di-persona non grata-kan biasanya tidak boleh hadir di suatu tempat atau negara. Apabila ia sudah berada di negara tersebut, maka ia harus diusir dan dideportasi.

Terdapat beberapa sebab tindakan sedemikian diambil.

Pertama, kegiatan yang dilakukan oleh wakil diplomatik  atau duta terbabit bersifat politik ataupun subversif sehingga boleh merugikan kepentingan nasional tuan rumah, melainkan juga melanggar kedaulatan negara penerima.

Kedua, kegiatan berkenaan melanggar undang-undang negara penerima.

Ketiga, melakukan kegiatan pengintipan terhadap negara tuan rumah sehingga dapat menjejaskan kestabilan dan keamanan negara penerima.

Pada bulan Februari 1977, Norway mengusir enam diplomat Soviet Union dan sebagai balasannya Soviet Union mengusir seorang diplomat.

Pada akhir Januari 1980, Kanada mengusir tiga personel tentera Kedutaan Besar Soviet Union dan sebagai tindak balas  negara tersebut mengusir Atase militer Kanada di Moscow.

Pada  18 Desember 1979 Kementrian Luar Negeri Amerika Syarikat mengusir 183 anggota staf diplomatik Iran dalam waktu lima hari sebagai balasan daripada pendudukan Kedutaan Besar AS di Teheran dan penahanan para diplomatnya.

Namun akhirnya, hanya 51 orang yang betul-betul berangkat, 77 orang tidak diketahui ke mana perginya, 40 orang mendapatkan status baharu dan diizinkan tinggal di AS da 15 lainnya dalam pertimbangan sambil menunggu status final.

Langkah mem-persona non-grata-kan seseorang biasanya dilaksanakan sesuai dengan prosedur yang ditetapkan oleh negara penerima.

Hubungan Malaysia dengan Korea Utara kini meruncing dengan masing-masing mengusir duta terbabit.

Malaysia telah mengusir Duta Korea Utara dan beliau perlu keluar dari negara ini dalam tempoh 48 jam. Duta terbabit biasanya keluar secara suka rela, dan jika tidak, tindakan paksaan boleh diambil untuk mengeluarkannya.

Kalau ketika pengisytiharan itu dibuat, duta terbabit tidak berada di dalam negara tuan rumah, maka dia tidak dibenarkan masuk.

Malaysia mengambil tindakan tegas sedemikian kerana duta terbabit tidak profesional dan mempertikaikan proses undang-undang di negara ini susulan kematian Kim Jong-nam.

Adaklah hubungan yang dimetrai pada 1973 itu akan terputus?

Kalau hubungan berkenaan terputus, yang akan rugi besar tentulah Korea Utara. Dan negara itu akan terus dipulaukan oleh negara-negara lain. – Sarawakvoice