KUALA LUMPUR: Di sebalik tindakan saling mencabar antara bekas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Nazri Aziz akhirnya bekas Perdana Menteri malam tadi meleraikan segala teka-teki apabila beliau melalui blognya mengakui tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beberapa hari lalu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan  mengemukakan cabaran terhadap  Dr Mahathir agar bertanding di Langkawi, selepas Nazir yang terkenal dengan ketegasannya mencabar agar Dr Mahathir bertanding di Padang Rengas.

Kata Nazri, sekiranya Dr Mahathir enggan bertanding, cabaran tersebut dibuka kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Nazri mencabar saya supaya bertanding di kawasan Padang Rengas yang ia menjadi wakil rakyat. Syabas saya ucapkan. Cabaran ini menunjukkan betapa beraninya Nazri.

“Sebabnya adalah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong,” katanya dalam catatan terbaharu blognya yang sentiasa dikemas kini itu.

Bagaimanapun, kata pengerusi Bersatu itu, sekiranya Nazri berkeras mencabarnya,  beliau mencadangkan agar debat berkenaan pelbagai isu termasuk 1MDB dan BMF dianjurkan.

“Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk (projek) keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF.

“Ini boleh diadakan tanpa syarat,” kata Dr Mahathir yang kini berusia 92 tahun.

Susulan itu Facebook Mukhriz Mahathir FC memetik kenyataan Mahathir mengajak menteri Umno itu  bertanding di Langkawi.

“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.

“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir yang kini bersama pakatan pembangkang mahu tidak  mahu menyerah kalah dalam perjuangan politiknya dan mahu memastikan BN ditewaskan dalam PRU nanti.

Penganalisis politik meramalkan PRU akan diadakan sekitar September atau Oktober tahun ini. – Sarawakvoice