SELANGOR: Negara kehilangan seorang lagi seniman apabila sutradara dan pelakon terkemuka, Tan Sri Jins Shamsudin meninggal dunia petang tadi.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Klinik Idham, Taman Melawati, dekat sini.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah, pemergian allahyarham bermakna industri hiburan negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air.

Jins Shamsuddin yang lahir di Taiping, Perak 82 tahun lalu merupakan pelakon pertama di negara ini yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Sehingga ke akhir hayatnya, beliau akan terus diingati kerana sumbangan dan usahanya dalam membangunkan industri filem Melayu sehingga hari ini.

Jins melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Sejak 1956, Jins mula melibatkan diri dalam 40 filem, termasuk memegang watak utama dalam pementasan drama “Mencari Kedamaian” dan menjadi teraju filem arahan P. Ramlee, “Pancha Delima” (1957).

Bagaimanapun beliau akan lebih diingati sebagai ejen perisik Jefri Zain dalam siri filem Hong Kong ala James Bond.

Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, dan diterima sebagai pelakon tambahan.

Sejak itu, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan daripada P. Ramlee.

P.Ramlee dikenali sebagai amat sukar untuk menerima tawaran belakon daripada pengarah-pengarah lain, namun bersetuju apabila Jins Shamsuddin menawarnya watak dalam filem ‘Bukan Salah Ibu Mengandung.’

Jins berkahwin untuk kali pertamanya dengan seniwati Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki bernama Jefri, yang kini menetap di Singapura.

Jodoh mereka bagaimanapun tidak bertahan lama apabila kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing pada tahun 1963.

Sedekad selepas itu, Jins berkahwin kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Pada tahun 1972, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dan menerima Diploma in Motion Technology dengan Kepujian Kelas Pertama.

Pada tahun 1999 pula, beliau menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia sebelum pada 24 Mac 2010, menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23 UUM.

Berikut adalah filem yang menyaksikan penglibatan Jins:

Matahari – (1951) – (Pelakon Utama)
Kasih Sayang – (1957) – (Pelakon Pembantu)
Pancha Delima – (1957) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Suria Kencana)
Azimat – (1958) – (Pelakon Pembantu)
Sarjan Hassan – (1958) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Aziz)
Anak Pontianak – (1958) – (Pelakon Utama)
Dandan Setia – (1959) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Tengku Dandan Setia)
Filem Samseng – (1959) – (Pelakon Utama)
Lela Manja – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Megat Komeng)
Putera Sangkar Maut – (1960) – (Pelakon Utama)
Megat Terawis – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Megat Sari)
Pertarongan – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Tamir)
Sumpah Wanita – (1960) – (Pelakon Utama)
Si Tanggang – (1961) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Tanggang)
Indera Bangsawan – (1961) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Indera Bangsawan)
Neracha – (1962) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Rahman)
Lubalang Daik – (1962) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Sinkip Anak Juragan Bagus)
Batu Durhaka – (1962) – (Pelakon Utama)
Darah Muda – (1963) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Yazid)Budi dan Dosa – (1963) – (Pelakon Utama)
Bidasari – (1964) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Tengku Indera)
Sayang Si Buta – (1965) – (Pelakon Utama)
Gerak Kilat – (1966) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Jefri Zain)
Kacha Permata (1966) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Hamzah)
Bayangan Ajal – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Jefri Zain)
Kanchan Tirana – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Kanchan)
Amok Tok Nading – (1968) – (Pelakon Utama)
Jurang Bahaya – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Jefri Zain)
Miang-Miang Keladi – (1968) – (Pelakon)
Bukan Salah Ibu Mengandong – (1969) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Agus)
Di Belakang Tabir – (1970) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Osman / Karim)
Menanti Hari Esok – (1977) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Cikgu Talib / Jalil)
Esok Masih Ada – (1980) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (ASP Zamri)
Tiada Esok Bagimu – (1980) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Ghailan)
Bukit Kepong – (1981) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Sarjan Jamil Md Shah)
Esok Untuk Siapa – (1982) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Jiman)
Ali Setan – (1985) – (Pelakon Pembantu) – Watak Sebagai (Tan Sri)
Kroath – (1990) – (Artis Jemputan) – Watak Sebagai (Kumar’s)
Memory – (1991) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Herman)
Balada – (1993) – (Artis Jemputan)
Money No Enough – (1998) – (Artis Jemputan)
The Deadly Disiple – (2001) – (Artis Jemputan)
1957 Hati Malaya – (2007) – (Pelakon Tambahan) – Watak Sebagai (Sultan Johor)
Akhirat – (2008) – (Pelakon Pembantu) – Watak Sebagai (Dato’ Shamsudin)
Miss You Like Crazy – (2010) – (Artis Jemputan) – Watak Sebagai (Datuk Mir’s)
Bukit Kepong Versi Digital HD – (2015) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Sarjan Jamil Md Shah)

Pada Februari 2011 Jins Shamsuddin telah disahkan mengalami Alzheimer, sakit yang dideritainya sekian lama sehingga membawa ajalnya. – Sarawakvoice