KUCHING: Merasmikan Projek Perumahan Taman Sri Maya di bawah inisiatif dana mudah cara Peneraju Bumiputera (Teraju) di Pasir Pandak, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berjanji mencari pendekatan terbaik membantu pemaju dan pembeli rumah di negeri ini.

Abang Johari berkata, dalam keadaan Sarawak yang kaya tanah, menghairankan apabila mendapati harga rumah meningkat mendadak antara 40-60 peratus.

Menurut Abang Johari, kenaikan mendadak ini menyebabkan masyarakat sukar membeli rumah termasuk golongan bergaji RM6,000 sebulan.

Abang Johari menegaskan, “saya mahu perkara ini dikaji untuk mencari cara terbaik menyelesaikan masalah ini yang akan memberi manfaat kepada pemaju dan pembeli.”

Pada sidang media, Abang Johari mengaku undang-undang sedia ada di bawah Perbadanan Pengurusan Kanun Tanah agak longgar.

Justeru, Kerajaan Negeri sedia menggubal undang-undang baharu berkaitan hak milik strata pada tahun ini bagi mengawal pembangunan industri hartanah dan perumahan di Sarawak.

Abang Johari berkata Peguam Negara mengkaji undang-undang baharu tersebut dan dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebelum digubal dan dilaksanakan tahun ini juga. – Sarawakvoice

1 COMMENT

Comments are closed.