KUALA LUMPUR:¬†Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM) menerusi program Siri Wacana PAUiTM akan bekerjasama dengan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan forum bertajuk “Polimik Memperkasakan Mahkamah Syariah dan Perundangan Syariah di Malaysia” pada 8 Mac ini.

Tujuan forum itu diadakan adalah bagi memupuk budaya membincangkan isu-isu semasa secara intelektual dan berunsur ilmiah.

Wacana berharap polimik pemerkasaan Mahkamah Syariah dan Perundangan Syariah yang akan dibincangkan itu mampu merongkai sebarang kekusutan agar pemahaman yang jelas dapat disampaikan.

Ucaptama wacana akan disampaikan oleh Penasihat Perundangan Syariah di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

Ahli-ahli panel yang terlibat dalam forum itu pula terdiri daripada Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik (Syarak) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia, A.Karim Omar dan mantan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Hidayat Buang.

Sementara itu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil akan bertindak sebagai moderator wacana.

Forum akan diadakan di Auditorium II, Bangunan AkademikII, Fakulti Undang-undang, UiTM Shah Alam.

Orang ramai dijemput hadir dan forum bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.