Alhamdulillah , Perhimpunan H355 di Padang Merbok semalam telah melabuhkan tirainya. Tahniah kepada seluruh jawatankuasa induk dan teknikal H355 yang telah berjaya merangka, merancang seterusnya melaksanakan seluruh aspek penganjuran sehingga hasilnya ratusan ribu rakyat telah berhimpun dengan jayanya semata mata di atas matlamat untuk melihat Syariat Allah di martabatkan dengan kejayaan pindaan akta 355 di Parlimen nanti insyaallah.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan khususnya kepada Tuan Hj Yahaya Ali selaku pengerusi Mobilisasi rakyat Negeri Terengganu bersama seluruh jawatankuasa beliau yang telah berjaya mebolisasikan rakyat Terengganu sehingga berjaya mendatangkan kehadiran seramai 30,000 rakyat Terengganu di Padang Merbok.

Saya melihat ratusan buah bas, ratusan buah Van dan kereta yang membawa rakyat Terengganu dari semua peringkat umur lelaki dan wanita, dari bayi, kanak kanak, remaja, pemuda, orang dewasa sehinggalah orang orang tua yang mencecah umur 90 tahun. Saya begitu terharu dengan sambutan luar biasa ini. Tahniah kepada rakyat Terengganu yang datang dari seluruh pelusuk Kampong dan daerah.

Rakyat Terengganu telah mula membanjiri perkarangan pasaraya Sogo seawal jam 7:00 pagi lagi walaupun arahan menyatakan perarakan hanya bermula jam 3:00 petang. Perarakan dari Pasaraya Sogo ke Padang Merbok dimonopoli oleh rakyat Terengganu. Apa yang lebih membanggakan saya lagi ialah majoriti mereka adalah terdiri dari anak muda. Saya bersama YB Dr Alias Razak, YB Hj Hanafiah Mat, Dr Azman Ibrahim, Ustaz Alias Abd Hamid, Ustaz Zakaria Dagang dan ramai lagi pimpinan PAS Terengganu telah memimpin mereka ke Padang Merbok.

Alhamdulillah tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku kecuali satu kes kemalangan kecil berlaku di susur keluar ajil. Namun di sebalik kejayaan kita hadir, saya juga suka untuk merakamkan ucapan takziah dan terharu saya kepada seorang peserta dari Tepoh, Kuala Nerus iaitu Cikgu Mohammad Fauzi Abu Samah yang telah terkena serangan Stroke di dalam bas sewaktu rombongan beliau menuju ke Kuala Lumpur untuk menyertai himpunan H355. Beliau sekarang berada di HTAA, kuantan dan keadaan beliau agak kritikal. Saya mendoakan kesembuhan beliau dan kesabaran kepada keluarganya. Saya juga mengharapkan agar semua rakyat Terengganu dapat mendoakan kesembuhan dan keselamatan beliau insyaallah. Mudah mudahan perjalanan beliau di kira sebagai perjalanan Jihad di Jalan Allah.

Akhir sekali, saya mengucapkan jazakumullah khairal jaza kepada semua yang telah menjayakan himpunan ini termasuk kepada kumpulan kugiran OKU yang membuat persembahan di hadapan Sogo yang telah membenarkan kami menggunakan peralatan pembesar suara mereka tanpa sebarang bayaran.

Insyaallah apabila pindaan akta 355 ini berjaya diluluskan, Kerajaan Negeri Terengganu boleh menlaksanakan Undang Undang Jenayah Syariah yang telah sedia diluluskan dalan DUN Terengganu pada tahun 2003 lagi. Kalau kerajaan sedia ada tidak menlaksanakannya, maka kami dari PAS akan menlaksanakannya insyaallah jika di pilih oleh rakyat dalam PRU 14 nanti insyaallah.

ALLAH AKBAR, ALLAH AKBAR, ALLAH AKBAR

ISLAM ADALAH PENYELESAI

YB Ustaz Hj Saiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya Pas Terengganu.
22 Jamadil Awwal 1438
Ahad, 19 febuari 2017.