PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak malam tadi menafikan bahawa ada menteri kanan yang menghubunginya untuk menyatakan hasrat melepaskan jawatan.

Dalam tweet rasminya pada jam 10.14.malam, Najib yang baharu kembali dari Kuching memberitahu, beliau tidak dimaklumkan tentang mana-mana menteri yang berhenti.

“Saya beranggapan bahawa Azmin berbohong untuk mewujudkan kegawatan kecuali beliau menyatakan nama,” katanya.

Pada jam 6.42 petang semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah memuat naik status dalam tweeternya; “Adakah seorang Menteri Kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahatbdengan 1MDB? Cuba ikuti perkembangan.

Beberapa menteri yang dihubungi media menegaskan individu terbabit bukan mereka. – Sarawakvoice