Video hantu yang ditonton hampir 70,000 warganet

Scary Video di Youtube memuat naik rakaman video gangguan hantu yang tidak diketahui asal usul lokasinya.

Dalam rakaman video tersebut dua lelaki tidur di bilik mereka.

Pintu kamar tertutup dan kedua-dua pekerja nyenyak tidur di katil masing-masing, sehingga pada 7.12 malam pintu bilik tiba-tiba terbuka lebar.

Namun, tiada sesiapa masuk.

Sekitar 40 saat kemudian, salah seorang lelaki dalam video yang tidur berhampiran kamera, terangkat kakinya.

Semakin lama, kakinya terangkat semakin tinggi, lalu tubuhnya terheret ke kaki katil.

Lelaki tersebut tersedar dan terbangun kerana terkejut, dia meronta sehingga terlepas daripada pegangan suatu kuasa yang tidak nampak.

Dia kebingungan lalu keluar dari bilik itu, entah ke mana perginya meninggalkan kawannya yang seorang lagi masih tidur di katilnya.

Video bertarikh 5 Januari 2017 itu ditonton hampir 70,000 netizen dan dilanggan hampir 173,000.

Ketika ada yang percaya video tersebut asli dan mendakwa kejadian serupa pernah berlaku kepada ahli keluarga mereka, ada juga yang menganggap video ini sebagai rekaan.

Mereka mempertikaikan kenapa lelaki tersebut tidak terlalu terkejut, hanya menggaru kepala.

Netizen lain bergurau mengatakan, jika dia ingin menjadi hantu, dia mahu menjadi hantu seperti itu yang suka mengusik manusia. – Sarawakvoice