Kes dera di taman asuhan kanak-kanak: Empat wanita ditahan

KUALA LUMPUR: Empat wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tiga kanak-kanak yang dipercayai diikat dan  didera di sebuah  taman asuhan kanak-kanak  di Bangi.

Penangkapan itu dibuat susulan gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, semua wanita berkenaan, berusia antara 24 dan 46 tahun itu ditahan petang tadi.

“Tiga wanita dipercayai pekerja Taska ditahan di taska itu di Bandar Baru Bangi pada jam 4.20 petang tadi.

“Kanak-kanak berkenaan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya, dan menambah kata, didapati mereka tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Menurut beliau, hasil siasatan lanjut, seorang lagi wanita berusia 46 tahun yang merupakan pengurus Taska berkenaan, yang telah beroperasi beberapa hanya beberapa bulan lalu ditahan di sebuah pangsapuri di Bangi pada jam 5 petang.

Pihak polis telah merakamkan kenyataan beberapa individu.

Difahamkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah menghantar pegawainya untuk menjalankan siasatan berkaitan kejadian itu. – Sarawakvoice

16142952_280364899045879_9159061236864531185_n