UTTAR PRADESH: Doktor mendapati kira-kira 150 ekor cacing sepanjang 10 inci setiap satu, hidup di dalam usus seorang wanita berusia 22 tahun.

Neha Begum, 22, menderita untuk berbulan-bulan, tetapi beberapa doktor gagal mengenal pasti punca.

Beliau  yang sudah kahwin mengalami gejala muntah dalam beberapa minggu  dan mengalami sakit perut sehingga menjejaskan kegiatan seksnya.

Katanya: “Saya akan terjaga sepanjang malam, menangis kerana menahan kesakitan, sehingga menjejaskan hubungan kelamin.”

Beliau amat berterima kasih terhadap doktor yang melakukan pembedahan.

Metro.co.uk dalam laporannya berkata, Neha dikejarkan ke Hospital KG Nanda selepas mengadu tidak tahan dengan sakit perut yang dialami.

Neha dibedah yang mengambil masa lima jam bagi  mengeluarkan cacing di dalam perutnya selama ini.

Seorang pakar hospital berkenaan, Dr Anand Prakash mengakui belum pernah berdepan kes begitu banyak cacing dalam badan manusia.

“Biasanya, hanya ada tiga atau empat cacing. Tetapi, yang ini, terlalu banyak.

Katanya, Neha bernasib baik kerana cacing tersebut belum naik ke bahagian otaknya. “Jika tidak ia boleh menyebabkan kerosakan neuro,” katanya.

“Kami terkejut melihat begitu banyak cacing. Ini suatu kejadian luar biasa,” ujarnya.

Tambahnya: “Adalah biasa untuk menemui tiga empat ekor cacing di dalam perut pesakit, tetapi ini kali pertama kami menemui kes sedemikian.” – Sarawakvoice