60 tahun makan pasir, batu, warga emas kekal sihat, kuat

VARANASI: Tidak perlu menjadi seperti nenek dari Varanasi India ini yang gemar makan pasir dan batu sebagai diet.

Ini kerana terdapat banyak makanan pilihan lain termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran yang sudah dibuktikan oleh sains bagus untuk kesihatan.

Metro UK melaporkan, seorang nenek, Kusma Vati, 78, pekerja ladang, percaya memakan pasir dan batu mampu menjadikan dia kuat dan memperbaik kesihatannya.

Vati dikatakan mengambil masa beberapa jam sehari untuk mengunyah sekitar dua kilogram pasir sehari bercampur batu.

Viralinjection.com melaporkan warga emas berkenaan menjadikan pasir sebagai makanan ruji utama yang dilakukannya sejak dia berusia 15 tahun, enam dekad lalu untuk menjadi kekal sihat.

“Saya mengunyah pasir dan batu sejak 63 tahun yang lalu,” kata Vati dan mengaku ia tidak memudaratkannya.

Vati mengaku dia tidak pernah jatuh sakit sama ada pada perut, mulut atau giginya.

Lebih mengejutkan, Vati mengaku, “saya juga boleh makan batu keras tanpa sebarang masalah.”
sikda benda lain nak makan kah-0000

Vati berkata, selama dia hidup dia tidak pernah menemui doktor untuk mendapatkan sebarang nasihat berkaitan kesihatan mahupun cara pemakanan sehariannya itu.

Vati percaya, pasir juga sama seperti mineral lain untuk memberinya tenaga seharian.

Cucunya yang tidak percaya dengan amalan neneknya, kerap memujuk neneknya agar menghentikan tabiat pelik itu, namun gagal. – Sarawakvoice

sikda benda lain nak makan kah-0001