S’wak terus basmi kemiskinan luar bandar

KUCHING: Statistik menunjukkan 33.1 peratus penduduk luar bandar yang majoritinya petani mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

Sementara kadar kemiskinan luar bandar ialah 1.6 peratus.

Justeru, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia berkata menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri menyasar untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar kepada RM4,000 sebulan menjelang 2020.

Manakala, program pembasmian kemiskinan diperhebat agar kadar kemiskinan luar bandar 1.6 peratus (dapat dikurangkan menjelang 2020).

Bercakap pada Isnin selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Ekonomi Luar Bandar (JTELB) peringkat bahagian, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar juga berkata kerajaan sedia membina pusat koordinasi dan sistem pemasaran produk luar bandar di seluruh Sarawak membabitkan kos RM8 juta.

Mesyuarat tersebut melibatkan lima JTELB peringkat bahagian iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong.

Menurut Uggah, sebanyak RM1.5 bilion peruntukan disediakan bagi projek melibatkan 31 agensi untuk 2016-2017. – Sarawakvoice

Leave a Reply